Recap Kerabat Masterclass Facebook Chapter 2024: Strategi Meta Ads Yang Bantu Usahawan Capai Jualan 6-7 Angka

Pada 29 Oktober 2024, bertempat di Cyberjaya, Kerabat Digital telah berjaya menganjurkan Kerabat Masterclass Facebook Chapter – satu sesi intensif yang memberi fokus kepada strategi Meta Ads. Kelas ini dihadiri oleh usahawan-usahawan yang serius mahu scale bisnes mereka ke tahap seterusnya.

Apa Yang Dibincangkan Dalam Kelas?

Kelas ini dimulakan dengan penerangan menyeluruh tentang Facebook Ads – bagaimana iklan ini boleh dimaksimumkan untuk menjana jualan besar. Cikgu Dzulfaqar Hashim, trainer utama, berkongsi teknik-teknik advance dan proven yang telah berjaya membantu ramai founder capai jualan 6 hingga 7 angka.

Antara topik utama yang dibincangkan ialah:

  1. Content Selling & Retargeting
    Cikgu Dzulfaqar Hashim menekankan betapa pentingnya susunan content yang mampu engage dengan audience. Peserta belajar cara buat content selling yang tak nampak terlalu hard-sell tetapi tetap mampu menjual. Selain itu, strategi retargeting yang betul dikupas dengan teliti untuk memastikan prospek tak lepaskan peluang membeli.
  2. Selling Campaign Dengan Meta Ads
    Sesi ini memberi tumpuan kepada selling campaign, iaitu teknik bagaimana menjual kepada strangers menggunakan Meta Ads. Peserta dibimbing cara menghasilkan kempen iklan yang lebih targeted dan high-conversion.
  3. Teknik Run Ads Hantu
    Salah satu sesi yang paling dinanti – Teknik Run Ads Hantu. Ini adalah trick rahsia untuk follow-up prospek yang klik iklan tapi belum buat pembelian. Dengan teknik ini, prospek tak akan terlepas begitu saja.
  4. Database Marketing
    Peserta juga belajar cara untuk urus database pelanggan dengan lebih efisien. Dengan strategi yang betul, database pelanggan boleh dimanfaatkan untuk maksimumkan jualan berulang.

Momen Penting Sepanjang Masterclass

1. Sesi Praktikal Hands-On
Masterclass ini bukan sekadar ceramah, peserta turut terlibat dalam sesi practical hands-on di mana mereka diberi peluang untuk setup iklan Meta Ads sendiri. Dengan bimbingan langsung dari Cikgu Dzulfaqar Hashim dan team Kerabat Digital, setiap peserta dapat mempraktikkan apa yang dipelajari secara langsung.

2. Sesi QnA
Antara highlight utama adalah sesi ini adalah peserta bertanyakan soalan spesifik berkaitan cabaran iklan mereka. Banyak usahawan yang hadir meluahkan rasa teruja apabila berjaya menyelesaikan masalah iklan yang mereka hadapi selama ini.

3. Bonus-Bonus Eksklusif
Setiap peserta juga mendapat pelbagai bonus tambahan seperti rakaman penuh kelas, kelas edit video Capcut dan video panduan Meta Ads. Ini memberi mereka peluang untuk ulang belajar dan memperbaiki kemahiran yang dipelajari bila-bila masa.

Kesimpulan: Kerabat Masterclass Beri Hasil Yang Nyata

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6328010909494132532_w-1024x683.jpg

Kerabat Masterclass Facebook Chapter telah berjaya membuktikan bahawa dengan teknik yang betul, Meta Ads mampu menjadi senjata ampuh untuk menjana jualan besar. Peserta bukan sahaja belajar cara untuk membuat iklan yang lebih berkesan, malah mereka juga mendapat ilmu berharga untuk mengoptimumkan retargeting dan database marketing.

Bagi yang terlepas peluang untuk sertai kelas kali ini, nantikan masterclass seterusnya dari Kerabat Digital. Jangan lepaskan peluang untuk belajar terus dari Cikgu Dzulfaqar Hashim, pakar dalam digital marketing yang telah membantu ramai usahawan mencapai kejayaan luar biasa.

Hubungi consultant Kerabat Digital untuk dapatkan info terkini tentang Kerabat Digital boleh klik link whatsapp di bawah

KLIK SINI

Sebelum habis, jom kita tengok video recap sepanjang program ini berlangsung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top